Sebelum kita bercerita tentang bagaimana boleh tersingkirnya teori si Darwin ni, mari kita imbas kembali apakah teori yang dinyatakan oleh Charles Darwin. Secara ringkasnya dia beritahu "Semua makhluk di dunia ini terbentuk secara evolusi tanpa Penciptanya".
![]() |
| Charles Darwin |
Sefaham saya, evolusi yang dimaksudkan Darwin ialah perubahan makhluk dari suatu bentuk ke suatu bentuk lain yang melalui suatu proses yang perlahan dari sumber yang sama. Secara mudah seperti gambar kanan di atas. Pada awalnya manusia adalah dari spesies beruk kemudian berubah perlahan-lahan menjadi seperti kita sekarang ini. Namun jika difikirkan dengan logik akal nampaknya teori ini begitu mudah ditewaskan tanpa pembuktian sains sekalipun. Evolusi seharusnya adalah proses yang terus menerus tanpa sekatan kerana ia terjadi kononnya secara spontan. Tetapi sekarang ini seolah-olah evolusi ini telah berhenti. Manusia atau Homo Sapiens nampaknya sudah tidak berevolusi lagi. Manusia kekal manusia. Beruk kekal beruk. Fosil-fosil manusia yang berusia beribu tahun lamanya juga tidak menunjukkan perbezaan yang nyata.
Begitu juga dengan pendapat yang mengatakan bahawa proses evolusi terhasil dari proses natural selection dan mutation. Natural selection adalah proses dimana hanya makhluk yang kuat dan mampu untuk bertahan dalam perubahan alam sahaja akan kekal. Maksudnya hanya sifat dan ciri yang kuat seperti tahan suhu sejuk atau mampu berlari dengan pantas akan diturunkan ke generasi seterusnya. Memang itulah yang berlaku kerana yang lemah pasti mati dan tidak mampu meneruskan generasinya. Namun demikian itu hanyalah perbaikan sifat bukan penukaran spesies. Contohnya, lalat sering dimakan cicak. Untuk pengekalan spesiesnya hanya lalat yang terbang laju sahaja yang survive dan menurunkan sifatnya. Lalat itu tidak pula berubah menjadi burung yang mampu terbang lebih tinggi dari lalat. Kalau begitu lebih baik lalat itu menjadi cicak sahaja supaya tidak dimakan cicak. HE HE HE:D
Mutation pula secara ringkasnnya ialah perubahan susunan maklumat genetik pada makhluk hidup.Biasanya disebabkan oleh faktor luar seperti virus, radiasi dan sebagainya. Mutation memang dapat mengubah maklumat genetik namun perubahan itu lebih mendatangkan mudarat seperti kanser yang mana makhluk hidup pasti tidak dapat bertahan dan mengekalkan spesiesnya.
Pernyataan saya di atas adalah lebih kepada pendapat saya namun saya tetap mahu menyajikan pembuktian-pembuktian sains bagi mengukuhkan lagi fakta ini.
DNA adalah umpama memory card yang sangat besar terdapat dalam setiap sel manusia. Ia menyimpan maklumat seperti jenis rambut, warna kulit, warna mata, ketinggian dan pelbagai lagi yang mana maklumat ini adalah warisan dari kedua ibubapa kita. Maklumat yang ditulis sangat terperinci. Kini, 85% maklumat dari satu DNA telah dapat ditafsirkan dan diaturkan.
Saya ada terbaca dalam satu artikel tulisan Dr. Farhan Hadi Mohd Taib menyatakan betapa teori Darwin ini adalah sebuah teori yang dangkal berdasarkan fakta tentang DNA yang tidak dapat disangkal lagi. Analogi yang diberikannya adalah jika kita menjumpai satu disket di atas meja lalu meneroka isi kandungan disket itu, alangkah terperanjatnya jika disket tersebut mengandungi berbillion-billion maklumat tentang manusia secara terperinci. Sudah pasti kita tertanya-tanya siapakah yang menulisnya? Tidak mungkin tertulis dengan sendirinya. Saya juga tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan olehnya iaitu mengapa DNA setiap makhluk seperti burung, manusia, kucing dan sebagainya mempunyai maklumat genetik berbeza sedangkan jika maklumat genetik pada awalnya berasal dari sumber yang sama secara kebetulan , sudah tentu DNA untuk semua makhluk adalah sama.
Saya amat yakin para saintis yang mengagungkan teori Darwin ini masih bertungkus-lumus untuk membuktikannya kerana jika mereka sudah berjaya pasti teori ini popular kembali. Namun kini teori ini seakan-akan semakin lama semakin hambar dek kemajuan teknologi yang kembali memakan diri kerana Allah s.wt. telah berfirman yang bermaksud:
" Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar. Tidakkah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?"(Surah Fussilat 41:53)




No comments:
Post a Comment