Pages

Saturday, 7 January 2012

DIA IBU SAYA

Assalamualaikum Ladies&Gentlemen

Hari ini hari sabtu. Kepenatan beberapa hari ini. Tidur hanya 4-5 jam sehari betul-betul mencabar minda saya. Untuk sesetengah orang mungkin tidak mengapa. Bagi saya yang biasa tidur sekurang-kurangnya 8 jam memang meletihkan. Jadi hari ini memang saya berniat untuk merehatkan diri sepanjang hari. Tatkala sedang berehat-rehat saya teringat akan ibu saya. Seorang manusia special .
           Saya tidak tahu bagaimana ibu anda tetapi pasti mereka juga special di mata anda semua. Dia ibu yang melahirkan saya. Mengajar saya membaca. Mengajar saya apa itu erti hidup. Mengajar saya bagaimana hendak survive.Telefon saya hampir setiap hari dan kadang2 hanya bercerita tentang kucing saya yang baru tak balik rumah 1 hari. Menangis dan ketawa bersama. Marah saya tapi dia yang minta maaf kembali. Kerja siang dan malam. Travel jauh-jauh sebab kerja. Walaupun sibuk tetapi rumah dan makan tidak pernah terabai. Kucing-kucing kami pun gemuk-gemuk dibuatnya. Ibu yang tak pernah lekang panggilan sayang kepada kami walaupun ibu garang. I mean memang GARANG. Ibu yang membawa balik apa sahaja makanan yang saya teringin waktu itu tanpa saya memberitahu dia. Hampir setiap kali saya akan berkata, " eh mana ibu tau along nak makan ni?" setiap kali itulah ibu akan pandang balik dan cakap, " apa yang peliknya. Ni ibu along kan?" dan setiap kali itulah saya kagum dengan Allah yang menciptakan.
         
Hari ini hari Sabtu. Hari ini bukan Hari Ibu. Namun saya sayang ibu saya setiap hari kerana 
DIA IBU SAYA:D