Pages

Thursday, 17 November 2011

Bola&GOAL!!

Assalamualaikum Ladies&Gentlemen

Hati ini terus ingin menulis apabila seorang sahabat saya mengeluarkan kenyataan ini, "Nikmatnya tengok Malaysia goal". Saya tidak hairan kerana saya juga berperasaan seperti itu. Dahulunya saya memang suka tengok sukan terutamanya apabila membabitkan Malaysia (saya ni patriotik..HE HE:D) dan jika tidak salah perasaan itu bermula sejak kecil lagi kerana seingat saya saya pernah bersama dengan ayah,ibu dan jiran menonton Piala Thomas bersama-sama sampai lewat malam. Sukan Komanwel 1998 antara kemuncak minat saya dengan sukan. Hampir setiap hari saya, adik lelaki dan ayah tertunggu-tunggu laporan sukan waktu itu. Sapok Biki antara hero yang saya masih ingat sampai sekarang. Bila difikir-fikirkan apalah sangat kemenangan itu namun apa yang menyeronokkan apabila kita lihat semangat, keberanian, penat lelah mereka terbayar dengan kemenangan itu disamping mengharumkan nama negara. Itulah kenikmatan yang tidak dapat digambarkan. Kemudian setelah masa berlalu saya makin lama makin hilang minat atas pelbagai faktor. 

Kemudian minat ini seolah-olah datang kembali apabila menonton piala AFF Suzuki 2010. Sejak dari itu saya kembali aktif menonton hampir kesemua perlawanan membabitkan HarimauMalaya. Kadang-kadang menontonnya seorang diri kadang-kadang ditemani housemates. Semuanya kerana GOAL. Kalau GOAL happynya subhanAllah. Kalau kalah kecewanya masyaAllah.

GOAL ini bukanlah hanya dalam bola sepak. Pembaca boleh search apa definisi GOAL itu sebenarnya. GOAL itu adalah target atau sasaran kita yang mana jika kita dapat mencapainya akan mendatangkan kepuasan dan kenikmatan yang luar biasa. Contohnya seseorang mensasarkan untuk mendapatkan 5A dalam UPSR. Dia berjaya dan sangat gembira pada waktu itu. Masa pun berlalu dan sekarang dia berada pada zaman matrikulasi yang kononnya menentukan arah tuju hidupnya. Keputusan yang diperoleh tidak mencapai sasaran yang diharapkan. Sudah pasti kekecewaan yang dirasakan sangat pedih kerana tidak dapat mencapai GOAL yang diharapkan. Sudah lupakah dia suatu masa dahulu dia pernah meletakkan GOAL dan dia berjaya menggapainya. Kenapa tidak berfikir begini, " Ala takpela. Dulukan dah dapat 5A". Hah. lucu dan sangat kelakar. Orang akan fikir, "GOAL dulu, dulu punya ceritala. Ni yang sekarang punya".  Sekiranya seseorang berjaya melengkapi setiap GOAL dalam hidupnya. Satu demi satu. Kemudian nanti mati ditelan bumi. Kemanakah semua goal-goal yang berjaya dicapainya itu? Berterbangan umpama debu yang apabila berhadapan dengannya pasti menyesakkan dada. Tiada guna. Ya, memang manusia mati meninggalkan nama.Tapi nama yang bagaimana? Pernah tak kita dengar orang kata,"Dulu aku beriya sangat nak sangat benda ni tapi sekarang dah dapat rasa biasa je". Kenapa boleh begitu? Jawapan saya kerana GOAL-GOAL itu bersifat short-term. FULLSTOP

Kesedihan dan kekecewaan semuanya kerana tiada GOAL yang mutlak ditetapkan. Nak straight A's. Nak jadi doktor. Nak kaya. Nak jadi itu. Nak jadi ini. Tetapi jika kita letakkan GOAL kita redha Allah&Syurganya, semua GOAL-GOAL kecil tadi samada berjaya digapai atau tidak kita dapat laluinya dengan redha dan syukur. Tanya diri sendiri, nak kaya sebab apa. Nak jadi doktor sebab apa. Kalau jawapannya semua duniawi. Tepuk dada tanya iman. Bukan bererti saya menyarankan anda tidak perlu meletakkan GOAL berbentuk duniawi tapi pastikan GOAL itu membawa kita ke GOAL yang mutlak dan abadi kerana Allah telah berjanji di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan amalan-(nya) dengan baik. Mereka itulah yang memperoleh syurga 'Adn, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka bersandar di atas singgahsana yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya dan tempat istirehat yang indah"(Surah Al-Kahfi,  ayat 30-31 )

Amati ayat ini. Sungguh detail Allah beri penerangan tentang nikmat syurga. Ini cuma sebahagian dari ayat-ayat al-Quran menerangkan tentang nikmat syurga. Banyak lagi sahabat-sahabatku. Sampaikan keperawanan bidadari pun Allah terangkan didalam al-Quran sebagai hadiah buat orang soleh. Kerana Allah tuhan kita. Allah yang cipta kita. Allah tahu kesukaan kita.. Maka Allah beri hadiah buat orang soleh mengikut kesukaan kita. MashaAllah. Peringatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang selalu lupa akan nikmat-nikmat ini. Semoga kita tergolong salah seorang darinya. Mari tetapkan GOAL! GOAL yang kekal dan abadi dan usahakan supaya ianya GOALLLLLLLLL!!!!

AUCMS Futsal Tournament,  2011 November 12



Monday, 14 November 2011

TERSINGKIRNYA TEORI DARWIN

Assalamualaikum ladies&gentlemen

Sebelum kita bercerita tentang bagaimana boleh tersingkirnya teori si Darwin ni, mari kita imbas kembali apakah teori yang dinyatakan oleh Charles Darwin. Secara ringkasnya dia beritahu "Semua makhluk di dunia ini terbentuk secara evolusi tanpa Penciptanya". 

Charles Darwin

Sefaham saya, evolusi yang dimaksudkan Darwin ialah perubahan makhluk dari suatu bentuk ke suatu bentuk lain yang melalui suatu proses yang perlahan dari sumber yang sama. Secara mudah seperti gambar kanan di atas. Pada awalnya manusia adalah dari spesies beruk kemudian berubah perlahan-lahan menjadi seperti kita sekarang ini. Namun jika difikirkan dengan logik akal nampaknya teori ini begitu mudah ditewaskan tanpa pembuktian sains sekalipun. Evolusi seharusnya adalah proses yang terus menerus tanpa sekatan kerana ia terjadi kononnya secara spontan. Tetapi sekarang ini seolah-olah evolusi ini telah berhenti. Manusia atau Homo Sapiens nampaknya sudah tidak berevolusi lagi. Manusia kekal manusia. Beruk kekal beruk. Fosil-fosil manusia yang berusia beribu tahun lamanya juga tidak menunjukkan perbezaan yang nyata. 

Begitu juga dengan pendapat yang mengatakan bahawa proses evolusi terhasil dari proses natural selection dan mutation. Natural selection adalah proses dimana hanya makhluk yang kuat dan mampu untuk bertahan dalam perubahan alam sahaja akan kekal. Maksudnya hanya sifat  dan ciri yang kuat seperti tahan suhu sejuk atau mampu berlari dengan pantas akan diturunkan ke generasi seterusnya. Memang itulah yang berlaku kerana yang lemah pasti mati dan tidak mampu meneruskan generasinya. Namun demikian itu hanyalah perbaikan sifat bukan penukaran spesies. Contohnya, lalat sering dimakan cicak. Untuk pengekalan spesiesnya hanya lalat yang terbang laju sahaja yang survive dan menurunkan sifatnya. Lalat itu tidak pula berubah menjadi burung yang mampu terbang lebih tinggi dari lalat. Kalau begitu lebih baik lalat itu menjadi cicak sahaja supaya tidak dimakan cicak. HE HE HE:D



Mutation pula secara ringkasnnya ialah perubahan susunan maklumat genetik pada makhluk hidup.Biasanya disebabkan oleh faktor luar seperti virus, radiasi dan sebagainya. Mutation memang dapat mengubah maklumat genetik namun perubahan itu lebih mendatangkan mudarat seperti kanser yang mana makhluk hidup pasti tidak dapat bertahan dan mengekalkan spesiesnya.

Pernyataan saya di atas adalah lebih kepada pendapat saya namun saya tetap mahu menyajikan pembuktian-pembuktian sains bagi mengukuhkan lagi fakta ini. 

\

DNA adalah umpama memory card yang sangat besar terdapat dalam setiap sel manusia. Ia menyimpan maklumat seperti jenis rambut, warna kulit, warna mata, ketinggian dan pelbagai lagi yang mana maklumat ini adalah warisan dari kedua ibubapa kita. Maklumat yang ditulis sangat terperinci. Kini, 85% maklumat dari satu DNA telah dapat ditafsirkan dan diaturkan. 

Saya ada terbaca dalam satu artikel tulisan Dr. Farhan Hadi Mohd Taib menyatakan betapa teori Darwin ini adalah sebuah teori yang dangkal berdasarkan fakta tentang DNA yang tidak dapat disangkal lagi. Analogi yang diberikannya adalah jika kita menjumpai satu disket di atas meja lalu meneroka isi kandungan disket itu, alangkah terperanjatnya jika disket tersebut mengandungi berbillion-billion maklumat tentang manusia secara terperinci. Sudah pasti kita tertanya-tanya siapakah yang menulisnya? Tidak mungkin tertulis dengan sendirinya. Saya juga tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan olehnya iaitu mengapa DNA setiap makhluk seperti burung, manusia, kucing dan sebagainya mempunyai maklumat genetik berbeza sedangkan jika maklumat genetik pada awalnya berasal dari sumber yang sama secara kebetulan , sudah tentu DNA untuk semua makhluk adalah sama.

Saya amat yakin para saintis yang mengagungkan teori Darwin ini masih bertungkus-lumus untuk membuktikannya kerana jika mereka sudah berjaya pasti teori ini popular kembali. Namun kini teori ini seakan-akan semakin lama semakin hambar dek kemajuan teknologi yang kembali memakan diri kerana Allah s.wt. telah berfirman yang bermaksud: 
" Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar. Tidakkah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?"(Surah Fussilat 41:53)



Friday, 11 November 2011

A Boring Introduction

Assalamualaikum ladies&gentlemen.

Niat berblogging sudah ditanam berabad lamenye di sanubari ini namun terlalu banyak kekangan luaran dan dalaman yang selalu menghalang antaranya:
  1. Terasa tidak cerdik bahasa. Bahasa Melayu atau English.
  2. Tiada motif khusus. Nak bercerita tentang buat ape sepanjang hari ke nak hentam orang ke nak berkongsi ke memberi ilmu ke dan lain-lain..
  3. Sendiri pon malas bace blog tetibe nk wat blog.
  4. Takot orang tak bace.Takot orang menyampah. Takot orang mengata.Takot orang kate bajet bagos.Takot tu takot ni. Pokoknya ketakutan la.
  5. Confirm kalau buat blog setahun skali baru  update.
Namun ladies&gentlemen sudah ku ketepikan semua ni kerana saya akan guna bahasa yang mudah dipahami, dah tentukan motifnye, bace la blog orang sket2 curi idea, tidak ketakutan lagi, dan akan berusaha update walaupun setaun sekali.:D 

To all the negative thoughts..plez go away...:D