Pages

Monday, 12 March 2012

JIKA MAJU, JIKA BERADAB

Assalamualaikum Ladies & Gentlemen

Situasi 1 :
Komuter Midvalley, Malaysia
Train baru sampai. Orang berbaris 5 lapis. Mereka menerjah masuk sebelum orang keluar dari train. Dalam train orang berkumpul di pintu train.  
  
Situasi 2:
Lebuhraya Utara-Selatan, Malaysia
Mungkin ada kemalangan di hadapan. Kereta bergerak perlahan di ketiga-tiga laluan. Mercedes, BMW, Porsche, Toyota, Proton, Perodua dan lain-lain bergerak rakus di laluan kecemasan. Memang benar ada kemalangan tetapi kesemua kenderaan sudah dialih ke laluan kecemasan untuk mengelakkan kesesakan. Kereta yang bergerak rakus di laluan kecemasan cuba menyelit ke laluan paling kiri. Jalan sesak.

Situasi 3:
Traffic light Seremban2, Malaysia
3.1: Lampu isyarat kuning dengan jarak 50 meter. Pedal minyak di tekan kuat. 
3.2: Lampu isyarat merah bertukar hijau. 3 saat berlalu, kemudian kereta/lori/bas/van dibelakang membunyikan hon.

Situasi 4:
Kedai runcit Kangar, Malaysia
Pembeli beli roti lalu serahkan rm50 sekeping kepada penjual
Penjual: Laaa.. takdak duit kecik ka? Pagi-pagi ni mana ada duit kecik. Adik pegi cari duit kecik dulu baru mai
Pembeli: Saya takde duit kecik. Takpela. Terima kasih

Situasi 5: 
Toilet awam, Malaysia
Jamban duduk penuh dengan tapak kasut. 

Kesemua situasi ini saya alami sendiri. Saya makan hati dengan orang yang saya tidak kenal. Mungkin ramai yang mengalami situasi ini atau mungkin ramai yang melakukannya. Bukan semua pelakunya orang yang berpendidikan rendah atau biasanya orang melabel sebagai kampungan. Ini adalah sellfishness rakyat malaysia dari pelbagai latar belakang. Semua kerana aku tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal aku. Semuanya akan tamat setelah kamu tidak lagi dihadapanku. Siapa kata? Kemaafan dari manusia harus dipohon daripada manusia. Jika menimbulkan kemarahan beratus-ratus orang contohnya di lebuhraya, bagaimana kamu ingin memohon maaf? 

"Dan hendaklah berbuat kepada manusia dengan apa yang ingin ia perbuat untuk dirinya sendiri"
 Riwayat Muslim No 1844

Saturday, 7 January 2012

DIA IBU SAYA

Assalamualaikum Ladies&Gentlemen

Hari ini hari sabtu. Kepenatan beberapa hari ini. Tidur hanya 4-5 jam sehari betul-betul mencabar minda saya. Untuk sesetengah orang mungkin tidak mengapa. Bagi saya yang biasa tidur sekurang-kurangnya 8 jam memang meletihkan. Jadi hari ini memang saya berniat untuk merehatkan diri sepanjang hari. Tatkala sedang berehat-rehat saya teringat akan ibu saya. Seorang manusia special .
           Saya tidak tahu bagaimana ibu anda tetapi pasti mereka juga special di mata anda semua. Dia ibu yang melahirkan saya. Mengajar saya membaca. Mengajar saya apa itu erti hidup. Mengajar saya bagaimana hendak survive.Telefon saya hampir setiap hari dan kadang2 hanya bercerita tentang kucing saya yang baru tak balik rumah 1 hari. Menangis dan ketawa bersama. Marah saya tapi dia yang minta maaf kembali. Kerja siang dan malam. Travel jauh-jauh sebab kerja. Walaupun sibuk tetapi rumah dan makan tidak pernah terabai. Kucing-kucing kami pun gemuk-gemuk dibuatnya. Ibu yang tak pernah lekang panggilan sayang kepada kami walaupun ibu garang. I mean memang GARANG. Ibu yang membawa balik apa sahaja makanan yang saya teringin waktu itu tanpa saya memberitahu dia. Hampir setiap kali saya akan berkata, " eh mana ibu tau along nak makan ni?" setiap kali itulah ibu akan pandang balik dan cakap, " apa yang peliknya. Ni ibu along kan?" dan setiap kali itulah saya kagum dengan Allah yang menciptakan.
         
Hari ini hari Sabtu. Hari ini bukan Hari Ibu. Namun saya sayang ibu saya setiap hari kerana 
DIA IBU SAYA:D