Hati ini terus ingin menulis apabila seorang sahabat saya mengeluarkan kenyataan ini, "Nikmatnya tengok Malaysia goal". Saya tidak hairan kerana saya juga berperasaan seperti itu. Dahulunya saya memang suka tengok sukan terutamanya apabila membabitkan Malaysia (saya ni patriotik..HE HE:D) dan jika tidak salah perasaan itu bermula sejak kecil lagi kerana seingat saya saya pernah bersama dengan ayah,ibu dan jiran menonton Piala Thomas bersama-sama sampai lewat malam. Sukan Komanwel 1998 antara kemuncak minat saya dengan sukan. Hampir setiap hari saya, adik lelaki dan ayah tertunggu-tunggu laporan sukan waktu itu. Sapok Biki antara hero yang saya masih ingat sampai sekarang. Bila difikir-fikirkan apalah sangat kemenangan itu namun apa yang menyeronokkan apabila kita lihat semangat, keberanian, penat lelah mereka terbayar dengan kemenangan itu disamping mengharumkan nama negara. Itulah kenikmatan yang tidak dapat digambarkan. Kemudian setelah masa berlalu saya makin lama makin hilang minat atas pelbagai faktor.
Kemudian minat ini seolah-olah datang kembali apabila menonton piala AFF Suzuki 2010. Sejak dari itu saya kembali aktif menonton hampir kesemua perlawanan membabitkan HarimauMalaya. Kadang-kadang menontonnya seorang diri kadang-kadang ditemani housemates. Semuanya kerana GOAL. Kalau GOAL happynya subhanAllah. Kalau kalah kecewanya masyaAllah.
GOAL ini bukanlah hanya dalam bola sepak. Pembaca boleh search apa definisi GOAL itu sebenarnya. GOAL itu adalah target atau sasaran kita yang mana jika kita dapat mencapainya akan mendatangkan kepuasan dan kenikmatan yang luar biasa. Contohnya seseorang mensasarkan untuk mendapatkan 5A dalam UPSR. Dia berjaya dan sangat gembira pada waktu itu. Masa pun berlalu dan sekarang dia berada pada zaman matrikulasi yang kononnya menentukan arah tuju hidupnya. Keputusan yang diperoleh tidak mencapai sasaran yang diharapkan. Sudah pasti kekecewaan yang dirasakan sangat pedih kerana tidak dapat mencapai GOAL yang diharapkan. Sudah lupakah dia suatu masa dahulu dia pernah meletakkan GOAL dan dia berjaya menggapainya. Kenapa tidak berfikir begini, " Ala takpela. Dulukan dah dapat 5A". Hah. lucu dan sangat kelakar. Orang akan fikir, "GOAL dulu, dulu punya ceritala. Ni yang sekarang punya". Sekiranya seseorang berjaya melengkapi setiap GOAL dalam hidupnya. Satu demi satu. Kemudian nanti mati ditelan bumi. Kemanakah semua goal-goal yang berjaya dicapainya itu? Berterbangan umpama debu yang apabila berhadapan dengannya pasti menyesakkan dada. Tiada guna. Ya, memang manusia mati meninggalkan nama.Tapi nama yang bagaimana? Pernah tak kita dengar orang kata,"Dulu aku beriya sangat nak sangat benda ni tapi sekarang dah dapat rasa biasa je". Kenapa boleh begitu? Jawapan saya kerana GOAL-GOAL itu bersifat short-term. FULLSTOP
Kesedihan dan kekecewaan semuanya kerana tiada GOAL yang mutlak ditetapkan. Nak straight A's. Nak jadi doktor. Nak kaya. Nak jadi itu. Nak jadi ini. Tetapi jika kita letakkan GOAL kita redha Allah&Syurganya, semua GOAL-GOAL kecil tadi samada berjaya digapai atau tidak kita dapat laluinya dengan redha dan syukur. Tanya diri sendiri, nak kaya sebab apa. Nak jadi doktor sebab apa. Kalau jawapannya semua duniawi. Tepuk dada tanya iman. Bukan bererti saya menyarankan anda tidak perlu meletakkan GOAL berbentuk duniawi tapi pastikan GOAL itu membawa kita ke GOAL yang mutlak dan abadi kerana Allah telah berjanji di dalam al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan amalan-(nya) dengan baik. Mereka itulah yang memperoleh syurga 'Adn, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka bersandar di atas singgahsana yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya dan tempat istirehat yang indah"(Surah Al-Kahfi, ayat 30-31 )
Amati ayat ini. Sungguh detail Allah beri penerangan tentang nikmat syurga. Ini cuma sebahagian dari ayat-ayat al-Quran menerangkan tentang nikmat syurga. Banyak lagi sahabat-sahabatku. Sampaikan keperawanan bidadari pun Allah terangkan didalam al-Quran sebagai hadiah buat orang soleh. Kerana Allah tuhan kita. Allah yang cipta kita. Allah tahu kesukaan kita.. Maka Allah beri hadiah buat orang soleh mengikut kesukaan kita. MashaAllah. Peringatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang selalu lupa akan nikmat-nikmat ini. Semoga kita tergolong salah seorang darinya. Mari tetapkan GOAL! GOAL yang kekal dan abadi dan usahakan supaya ianya GOALLLLLLLLL!!!!
![]() |
| AUCMS Futsal Tournament, 2011 November 12 |

No comments:
Post a Comment